CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, July 31, 2009

H1N1 LAG!:Kaurantin Di Rumah

Sesak-sesak dalam bas tambahan, sekali kena turun, sekali kena tukar bas, kelam kabut. Amat berbahaya dan sangat mudah jika cukup seorang menyebar H1N1. Keadaan tidak terkawal. Sedarlah jika anda dijangkiti H1N1.

Apakah Selesema Babi?
Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?
Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

* Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.

* Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.

* Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.

* Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Jika anda sakit anda perlu:-

* Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;

* Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit.


Sumber: http://kutuilmu.blogspot.com/2009/06/tahukah-anda-simtom-simtom-selsema-babi.html

Thursday, July 30, 2009

Satu Malaysia, Banyak Sejarah

4 Mei 2009

Mutakhir ini, terdapat ungkapan yang keras berkaitan sejarah di dalam surat khabar. Sebagai zamil muda, saya tidak berani mahu menyertai perdebatan sebagaimana cara Dr. Collin Abraham dan Tan Sri Khoo Kay Kim: Sebagai graduan sarjana dalam bidang Perbandingan Politik Empayar, saya telah melihat kerosakan daripada perdebatan sejarawan dan ahli sosial sains. Bagaimanapun, jika saya berani mahu menyertainya, saya berpandangan bahawa kenyataan yang dipetik Tan Sri Khoo ialah daripada Hugh Clifford, bukan Ormsby-Gore (rujuk: Base conclusions on hard evidence, 29 April). Saya mungkin berkeras, tetapi ini berasaskan bukti.

Perbezaan pendapat seperti ini akan kelihatan bodoh apabila satu versi sejarah yang diajar di bilik darjah dianggap sebagai satu kebenaran mutlak tetapi itulah yang berlaku. Idea gila ini - yang sangat digemari oleh kaum fasis dan komunis - yang mengatakan bahawa rakyat hanya bersatu dengan satu kisah sejarah kebangsaan. Masih belum terdapat perbezaan kisah yang banyak dalam Kerajaan pimpinan Raja Henry VIII dan Ratu Victoria dan Inggeris seakan berpuas hati dengannya. Sejarah menjadi popular apabila berlaku perdebatan yang sihat dan kaya sama ada dalam atau luar dunia akademik - ia boleh ditonton dalam filem sejarah yang banyak diterbitkan. Ia sangat memberi inspirasi.

Untuk memulihkan keadaan memerlukan kita melakukan pembaharuan, termasuk kebebasan akademik dan persaingan dalam kurikulum persekolahan. Untuk waktu terdekat, kita boleh mulakan dengan meningkatkan pencarian kepada sejarah keluarga yang boleh menjadi sumber alternatif kepada sejarah masa lalu, dan saya adalah peminat rancangan BBC - Who Do You Think You Are? dan Photos for the Future dalam History International. Tetapi di Malaysia sangat sukar untuk mencabar sejarah rasmi. Buku teks dan ensiklopedia menunjukkan salasilah saya tiba di Negeri Sembilan pada 1773 tetapi penemuan terkini menunjukkan ia tidak tepat. Ia amat menyakitkan apabila saya tidak dapat meletakkan maklumat tepat di dalam teks dan saya membayangkan betapa kecewa ramai rakyat Malaysia yang mendapat maklumat dari sumber utama keturunan mereka bahawa sejarah di Malaysia telah rosak akibat kemalasan penyelidik akademik dan memenuhi kehendak politik. Jika kita benar seorang patriotik, kita harus tahu apa sebenarnya yang berlaku dan sebab itu saya selalu mengulang kalimat bahawa sejarah tidak bermula pada 31 Ogos 1957 tetapi lama sebelumnya!

Pada satu isi penting, saya bersetuju dengan Tan Sri Khoo: kedaulatan kita tidak pernah dipindahkan dari Raja Melayu kepada Raja British. Saya memiliki salinan perjanjian di antara Tuanku Muhammad dan Kerajaan Ratu Victoria dan sesungguhnya tidak ada fasal seumpamanya. Termasuk Perjanjian MacMichael, tidak ada perkataan tentang keperluan Kerajaan mewujudkan Malayan Union termasuk satu fasal yang memperakukan kesahan perjanjian yang ada. Selain Pulau Pinang, Melaka, Sabah (Borneo Utara) dan Sarawak, kita tidak pernah menjadi tanah jajahan secara formal oleh British.

Isu pecah dan perintah juga telah dikembangkan secara berlebihan secara untuk menjustifikasi dasar awam. Ia tidak berlaku secara tuntas di kawasan lain seperti Terengganu dan di sebahagian yang lain ada berlaku perpecahan intra-kaum dan kerjasama antara-kaum di mana konflik dan kerjasama didorong oleh sebab lain misalnya Perang Sivil di Selangor. Pengertian perpaduan kaum agak sangsi; termasuk di kalangan orang Melayu: perpaduan budaya dan bahasa, mungkin, malah punya variasi tersendiri - sebagai seorang Minangkabau, tentu saya gembira untuk menerangkan banyak kelebihan adat perpatih - tetapi tentunya bukan perpaduan politik. Saya telah menyatakan hal ini dalam banyak artikel sebelumnya.

Pecah dan perintah telah memunculkan semula rakan perjanjian kita - tetapi dengan berasaskan alasan kelas. Walaupun rekod kerajaan menunjukkan mereka gagal menangani isu kepelbagaian budaya, minggu lalu kerajaan memperkenalkan dasar ekonomi dengan 50% kadar cukai dan penghapusan insentif cukai simpanan. Seorang rakan saya yang baru diberhentikan kerja tidak mahu terus kecewa kerana ia tidak membantu mendorong pewujudan peluang kerja untuk mereka manakala rakan lain yang agak berkemampuan telah ke UK bersama-sama. Kebiasaannya, ini menunjukkan kecenderungan besar kepada konservatif.

Ia mengambil masa berminggu tetapi saya melihat konsep Satu Malaysia yang diwar-warkan Perdana Menteri mungkin diambil daripada tradisi Satu Negara oleh Parti Konservatif yang mempromosi perpaduan melalui perkongsian nilai dan dorongan kebebasan untuk semua. Meski dikatakan menjarak diri dari dari konsep Satu Negara yang dipopularkan Parti Konservatif, Margaret Thatcher pernah berkata: “Dari Malaysia ke Mexico, penswastaan akan bergerak… kami Konservatif percaya kepada kapitalisme yang popular… kami Konservatif akin memulangkan kuasa kepada rakyat. Itulah jalan ke arah Satu Negara, Satu Rakyat.

Dengan Kenyataan terkini yang agak memberangsangkan berkaitan liberalisasi pasaran, harapnya Dato’ Seri Najib dapat membuat ucapan yang sama untuk menjelaskan konsep Satu Malaysia - supaya di masa hadapan, para ahli akademik dapat berdebat tentangnya.

------

Tunku ’Abidin Muhriz ialah Pengarah Malaysia Think Tank.

Tuesday, July 28, 2009

H1N1 UPM CUTI HARI INI: Berita Paling Cepat Tersebar.

Tengahhari seorang pensyarah mendapat masej: Datuk VC panggil meet'g senat isu H1N1 sekarang. Kelas seterusnya 3.00p.m-4.00p.m (Tutorial MTH3200).Masej, upm cuti hari ini semua kelas cancel. Panggilan lagi, cuti sehingga 4 Ogos 2009. Dalam kelas sudah bising. " Akak xpayah buat kelas la" seorang student dengan wajah ceria. Yang lain menyambut. Permintaan demostrator 1 jam je nak ganti kelas ke pasni. Teruskan je kelas. Pemikiran sume dah nak balik... sume gembira sampai sesak lalu lintas,tiket bas pun habis... dasyat... sume gembira dan keadaan blurr... sume rancangan hari nie berubah seluruhnya...
Dalam kekalutan hari ini, seorang junior bertanyakan pendapat. Kenapa UPM mengumumkan cuti secara mengejut? Dengan jujur, telus dan betul sebenarnya tak terfikirpun tuk persoalan ini. Berfikir dan sambil hanya menceritakan kronologi peristiwa bermula UiTM, UKM kampus KL dan arini UPM. Bertanya balik kepada yang bertanya " Yela kenapa sebenarnya, apakah sebab2nya?". Seperti yang diagak budak ni sememangnya menyediakan jawapan. " Akak boleh tak kalau saya cakap, UPM jaga imej dan nama, nak melepaskan tanggungjawab kalau terjadi apa-apa. Jadi selamatlah kalau ada kes kematian sebab dah di luar tanggungjawab UPM kerana dah umumkan cuti." Tapi kenapa pula sesiapa yang tidak keluar sblm pukul 12 (19/7/2009) perlu berkumpul di Dewan Besar?
Berfikir secara kritis yang perlu dibimbing, ditajam dan direalisasikan dengan fakta dan hujah yang lebih kukuh.Jawapan adalah tidak penting tetapi hujah yang boleh di terima, rasional dan berasas.

Thursday, July 9, 2009

SEdih

Sedihnya ... 2jam untuk menulis artikel pastu ilang tak kembali...PPSMI Dimansuh 2010? kemana hilang..

PPSMI akan Dimansuhkan

Memuji tindakan Timbalan Perdana Menteri dalam membuat keputusan berdasarkan kajian, analisis perbincangan ilmiah dengan tokoh-tokoh intlektual. Ini melihatkan sistem keterbukaan kerajaan dalam melaksanakan dan membuat keputusan sesuatu dasar. Keterbukaan ini melihat Tan Sri Muyiddin Yassin membuat keputusan bukan lagi berasaskan politik kepartian semata-mata tetapi berasaskan politik nilai meningkatkan sistem ketamadunan masyarakat dan perkembangan ilmu itu sendiri. Membuka balik catatan sejarah ketamadunan manusia dan perkembangannya, eropah sebagai contoh berjaya memansuhkan zaman gelap kerana kejayaan mereka menterjemah sebanyak mungkin ilmu daripada ketamadunan

Thursday, July 2, 2009

Nak menyanyi sumbang nak menulis entah apa2

Dialog ringkas yang persis pertemuan dua sahabat di alam lain tapi tidak berapa menjadi. Sedikit ringkasan dari pembelajaran kalkulus lanjutan dengan sedikit ramuan pengalaman di kampus hijau yang tidak sedamai yang seperti harapkan tapi kesyukur dipanjat untuk berpeluang berada di sini dan mencoret sedikit ilmu pecisin.

Prof. Al-Khawarizmi: Khawarizmi kenapa dengan awak? Ada masalah ke?

Al-Biruni_junior: Maafkan saya mungkin sedikit.

Profesor Al-Khawarizmi: Apa? Saya tak faham boleh teruskan.

Al-Biruni_junior: Berat untuk saya luahkan ……………

Profesor Al-Khawarizmi : Luahlah semampu mungkin agar dapat jua saya menolong jika saya mampu, insya-ALLAH setiap masalah itu ada penyelesaian

Al-Biruni_junior: Betul kata prof. beginilah, fikiran saya kini terlalu bercelaru memikirkan banyak benda dan kadangkala saya memerlukan hujah yang kukuh untuk menghadapinya, tapi saya tidak mampu, jadi saya lebih bertindak menurut kata hati saya. Sebenarnya aku tidaklah mengenalimu Prof. Khawarizmi sebetulnya, zaman Prof. mungkin sangat berbeza dengan zaman saya, suasana sekitar Prof. jua berbeza. Masyarakat, politik dan cara hidup sangat jauh berbeza tambahan pula saya di benua yang jauh dari benua asal Prof. Memang semuanya seperti langit dengan bumi perbezaan kita. Usah kita bincangkan panjang-panjang perbezaan antara kita kerana sememangnya sangat jauh berbeza. Cukup sekadar saya tahu kita dalam satu bahtera yang sama dengan nakhoda yang satu, destinasi yang satu bersama syahadah yang satu. Cuma beginilah untuk pengetahuan Prof. saya terasa kagum dengan Prof. Pada zaman saya ini memang susah untuk melahirkan tokoh-tokoh seperti Prof. dan rakan seperjuangan Prof. Malah nama-nama Prof semua sikit pun tidak mendapat nama walaupun hakikatnya Prof. dan kawan-kawanlah yang menjadi pelopor membetulkan yang batil dan menegakkan yang hak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunah. Segala-galanya seperti terkubur begitu sahaja tanpa mengutip iktibar dari pengalaman yang lepas untuk dijadikan panduan dan motivasi untuk terus mencari mendapat reda’nya. Sekali kita jatuh fitrahnya kita akan bangkit kembali dengan azam yang kuat untuk belajar berjalan tanpa mengulangi kesilapan yang lampau sebaiknya dan selepas pandai berjalan ada pula keazaman untuk berlari tetapi ada jua yang tak sabar-sabar untuk terus berlari akibatnya jatuh tersungkur dan malah walaupun sudah dewasa masih lagi yang tersungkur untuk sekian kalinya. Itulah nasib orang yang tak sabar, tidak mengikut panduan dan terlupa untuk mengikut panduan yang sepatutnya tetapi segala-galanya kadangkala sudah ditakdirkan macam itu, itulah perlu kita bertawakal kepada-DIA setelah berusaha kerana bertawakal kepada-Nya adalah berbentuk MUTLAK Cuma menguji keyakinan antara hubungan kita dengan DIA. Segala ujian yang kita hadapi sebenarnya adalah satu peningkatan ke arah yang lebih baik tapi malangnya sesiapa yang tidak mengambil iktibar terus-menerus menyalahkan betapa ruginya kalau kita termasuk dalam golongan yang tidak bersabar. Sememangnya ‘nur’ itu datang dari DIA tapi kita perlu berusaha untuk mendapatkannya dan segala-galanya jua datang sesuatu dan padaNYA jua tempat kembali. Fikirkanlah, setiap kejadian baik ataupun buruk sekalipun ada hikmahnya di sebaliknya Cuma antara kita mahu menyelongkar ataupun tidak, mengambilnya sebagai pengajaran ataupun tidak dan menjadikan diri kita dekat dengan PENCIPTA ataupun sebaliknya. Alhamdulillah aku masih lagi mampu menghadapi walaupun masih banyak lagi benda diawangan tanpa alasan yang muhasabah kalau Al-Ghazali membincangkan keajaiban hati dengan hebatnya dan masih lagi zaman ini memperdebatkannya. Dalam hati aku ini semacam ada yang tak kena,bermasalah dengan benda pasti tetapi tidak mempunyai penyelesaian untuk merealitikan benda yang pasti itu. Memang benarlah Al-Ghazali, mungkin kerana dosa-dosa dari meninggalkan apa yang disuruh dan membuat apa yang dilarang menyebabkan saya gusar senantiasa ketenangan tidak hadir, kalau hadir pun cuma sekejap. Memang suasana zaman saya tidak membantu tapi inilah yang realiti yang perlu saya lalui Prof. Khawarizmi. Saya cari suasana yang membantu tapi saya rasa gusar fikiran entah ke alam mana, saya terdedah dengan suasana tidak membantu, saya tidak boleh terima. Akhirnya saya lari dari semua bermonolog sendiri mencari-cari penyelesaian yang sememangnya wujud di depan mata tetapi seperti tidak wujud, menjadikan aku tersingkir seketika dari masyarakat sekitar saya. Bersalahkah saya….

Prof. Al-Khawarizmi: Melarikan diri bukan satu penyelesaian untuk setiap masalah Biruni

Al-Biruni_junior:Ya saya tahu, tetapi cukup sekadar untuk saya mengurangkan tekanan yang ada dan semakin bertimbun-timbun. Seperti segalanya berjangkit menjadi wabak tanpa vaksin mahupun ubat……

Profesor Al-Khawarizmi : Ingat kita masih ada lagi satu penyelesaian. [sambil tersenyum]

Al-Biruni_junior: Tapi apa?

Prof. Al-Khawarizmi : Kalau ikutkan konsep matematik, infiniti(suatu no yang sangat besar) bahagi satu kita akan mendapat infiniti tetapi kalau satu kita bahagikan infiniti kita akan dapat KOSONG. Mengapa tidak kita fikirkan lebih jauh, ‘berfikir luar kotak’ tapi bersandarkan panduan yang diberi agar tidak tersasar dari jalan yang lurus, sebanyak-banyak ujian yang diberi oleh Dia dinisbahkan kepada kita seorang pasti kepada Dia jua penyelesaian tapi kalau kita lupa untuk mengadu, memohon dan mengharap dari-NYA, meletakNYA dibawah maka dapatlah KOSONG . Adakah kamu termasuk dalam golongan yang beruntung? Jawablah sendiri (Azan Zuhur berkumandang dengan syahdunya menyeru manusia untuk sama-sama solat berjemaah).InsyaALLAH DIA akan membantu hambanya yang mengadu pada_NYA yakinlah.Jom solat.


Al-Biruni_junior: : Terima kasih prof.

19 APRIL 2007
Tahun 1 Semester 2

Bersambung……………

PERJUMPAAN YANG TAK DISANGKA


Usai majlis bersama MPP di dewan besar sempena minggu orientasi pelajar baharu sesi 2008/2009,di surau Pejabat Pentadbiran UPM. Kebetulan semalam berbincang tentang kertas kerja pengurusan stress dengan En. Pau. Hari ini berjumpa seorang kaunselor UPM. Pertemuan yang tidak disangka-sangka. Melanjutkan perbincangan untuk pengajian dan perancangan masa hadapan. Adakah masih ada harapan dan kepastian??? Allah sentiasa bersama. Doa jangan dilupa.
p/s;Si PinkY sudah kembali berfungsi. Nikmat yang dikembalikan. Alhamdulillah

Wednesday, July 1, 2009

Berhasilkah Falsafah Pendidikan Moden Berasaskan Empiricisme Dalam Pembinaan Tamadun Manusia

Pendahuluan

Membuka lipatan perbincangan falsafah pendidikan dengan fahaman empiricisme adalah bersifat tergantung. Maka pelbagai persoalan akan bermain difikiran antaranya apakah itu empiricisme itu sendiri? Apakah kaitan empircisme dengan falsafah moden? Bagaimana fahaman empiricisme ini memainkan peranan dalam falsafah? Siapakah yang terlibat dalam membincangkan fahaman empiricisme dan pelbagai persoalan lain yang terbit daripada rantaian persoalan yang telah dinyatakan malah kadangkala tidak terjawab dan tidak habis untuk diperbincangkan. Inilah yang dikatakan falsafah lari dari kejahilan, berdiri di atas kebenaran dan menyingkap tabir kebatilan yang menutup kelemahan fikiran. Oleh itu melalui persoalan dan perbincangan menggunakan pendekatan falsafah dapat meringkaskan pemikiran manusia yang berusaha memahami hakikat sebenar alam. ( Mohd Yusoff)

Perbincangan falsafah yang dianggap sukar difahami dan selalu terkeluar dari lapangan kehidupan. Sebenarnya falsafah hanya berlegar dalam lingkungan kehidupan seharian manusia itu sendiri.(Mohd Yusoff) Dalam memahami dengan lebih lanjut perbincangan mengapakah empiricisme tergolong di dalam mazhab falsafah moden lebih baik kiranya kita meneliti sedikit aliran dari mana timbulnya fahaman empiricisme itu sendiri. Apabila kita membincangkan soal-soal falsafah kita akan membincangkan tentang cabang-cabang falsafah. Falsafah mempunyai empat cabang iaitu metafizik, logik, aksiologi dan epistemologi. Di dalam epistemologi kita akan melontarkan idea tentang teori ilmu, skop ilmu, sumber-sumber ilmu dan banyak lagi. Intuitif, rasional/logik, autoriti dan wahyu adalah sumber-sumber dalam mendapatkan ilmu. Sumber ilmu berteraskan wahyu mencipta kepercayaan agama. Kepercayaan agama juga ada yang tidak berteraskan wahyu yang di panggil agama tak samawi. Dalam membina kepercayaan yang berteraskan akal fikiran manusia ini (agama tak samawi) maka berlakulah perbezaan pendapat, tafsiran dan pengertian dalam sesuatu perkara dalam kehidupan. Ini kerana setiap manusia yang melakukan ta’kulan, refleksi, persepsi, interprestasi dan melalui pengalaman yang berbeza lantas mempunyai cetusan minda tersendiri yang kadangkala menjangkaui akal fikiran. Oleh itu terbentuklah fahaman-fahaman rationalist dan empiricisme.( Abdul Rahman Md Aroff )

Definisi Empiricisme

Maksud empiricisme ini boleh didefinisikan dalam dua skop perbincangan supaya lebih jelas dan lebih mudah untuk difahami. Definisi pertama adalah terus daripada sudut bahasanya iaitu empiricisme ini adalah daripada perkataan empeiri (bahasa Greek) dan experimental (bahasa latin) dan juga dari bahasa Inggeris experience iaitu bermaksud pengalaman. Definisi kedua adalah dari sudut istilah iaitu empiricisme ini secara aplikasinya adalah sifat pemikiran yang menekankan aspek pengalaman pancaindera dalam memperoleh dan mendapatkan ilmu pengetahuan.( Mohd Yusoff )

Secara analoginya perolehan ilmu pengetahuan elektrik pada awalnya adalah melalui pengamatan pengalaman pancaindera. Secara mudahnya kita melihat melalui mata (pancaindera) kipas berpusing di siling rumah. Apabila dikatakan kipas itu bergerak kerana adanya tenaga elektrik maka setiap orang yang melihat akan setuju dengan yakinnya. Walaupun pada hakikatnya orang yang melihat tidak pernah melihat pergerakan tenaga elektrik di dalam kabel yang disambung.Bagaimana ilmu elektrik ini dapat diterima terutama kepada ahli empericisme? Bagaimana elektrik boleh diiktiraf sebagai ilmu pengetahuan? Untuk menjawab persoalan ini ahli empericisme perlu berfikiran saintifik untuk membuktikan wujudnya elektrik pada kipas itu. Melalui eksperimen dan uji kaji maka terbukti terdapatnya pengaliran tenaga elektrik. Melalui bukti-bukti yang tidak dapat disangkal lagi oleh bukti yang lain maka ahli empiricisme ini membuat kesimpulan wujudnya pengaliran tenaga elektrik pada kipas tersebut kerana kenyataan itu dibuktikan berdasarkan pemerhatian pancaindera kipas itu berpusing bukan atas dasar melihat pergerakan pengaliran tenaga elektrik itu melalui pancaindera. Penerimaan teori ini secara eksperimental menyebabkan lahirnya teori baru yang dikembangkan berdasarkan teori asal. Maka wujudlah teknologi baru contohnya teknologi mekatronik, semikonduktor, elektronik dan sebagainya. Perkembangan ilmu ini meledakkan satu revolusi baru pada zaman moden yang dipelopori oleh negara-negara barat.

Untuk mengembangkan ilmu-ilmu pengetahuan ahli empiricisme telah menggariskan beberapa metod untuk menguji sesuatu ilmu itu secara saintifik. Metod pertama dimulai dengan satu persoalan baru atau isu-isu baru ataupun satu masalah baru. Kemudian proses pengumpulan matlumat berkaitan dengan masalah,isu dan persoalan yang dikemukakan. Selepas mendapat maklumat yang secukupnya bolehlah mencadangkan jawapan yang dipanggil membuat inferens ataupun hipotesis. Untuk membuktikan hipotesis itu maka perlulah dilakukan uji kaji ataupun eksperimen untuk menguji kebenaran inferens ataupun hipotesis tadi. Setelah dibuktikan benar maka eksperimen tadi keluar dengan satu kesimpulan yang membentuk teori, hukum ataupun prinsip. Jika tidak terbukti benar maka eksperimen akan diulangi sehingga mendapat bukti yang tidak dapat dinafikan untuk mengeluarkan sesuatu teori ilmu baru.(Philo@Sopia)

Selain itu tiga ciri utama pemikiran saintifik dan kritikal telah digariskan. Pertama ialah empiricisme iaitu apa yang di buktikan oleh lima pancaindera dengan realiti alam (natural evident). Kedua, rationalisme iaitu pemikiran logik yang tidak dipengaruhi oleh emosi dan perasaan. Contohnya jika x = 2 maka x2 = 4 adalah diterima bukan berdasarkan emosi dan perasaan tetapi terbina berdasarkan logik akal semata-mata. Akhir sekali adalah sifat yang sentiasa meragui dan perlu pembaharuan kepada satu-satu pendapat atau teori. Meneliti sifat ini menyebabkan berlakunya perkembangan idea dan penemuan teori baru ketika berlangsungnya pembuktian yang lebih logik dan rasional berdasarkan bukti yang lebih jelas nyata. Cara pemikiran hari ini dipanggil skepticisme. Jadi melalui panduan ini berlakunya aliran pemikiran baru yang tidak lagi bersandarkan agama Kristian dan gereja yang sering menyeleweng dan menyekat kebebasan berfikir.(Philo@Sophia)

Berbalik kepada perbincangan ciri-ciri fahaman dan bidang perbincangan aliran empiricisme ialah membincang, mengkaji tentang sains tulen dan sains sosial untuk menghasilkan kajian fenomena semula jadi. Kajian dilakukan adalah bersifat “Posteriori” iaitu kebenaran wujud setelah sesuatu telah dibuktikan. Namun diingatkan kajian yang dibuat juga bersifat “Contigent” yang bermaksud ilmu yang ditemui adalah bersifat tidak mutlak kerana sesuatu ilmu itu hanya akan diterima selagi tidak wujudnya bukti yang baru yang boleh memansuhkan bukti yang lama. Proses pembuktian ilmu melalui kaedah saintifik ini disebut proses “induktif”. Kajian saintifik digabungkan dengan cara pemikiran yang kritikal menyebabkan aliran yang berkefahaman empiricisme tidak mudah membuat kesimpulan, mengeluarkan teori, mengesahkan sesuatu ilmu pengetahuan yang baru ditemui. Ciri-ciri diatas ada pada setiap tokoh empiricisme antaranya Aristotle. Aristotle juga pernah menegaskan ;

“State that the core empiricist tenet that human knowledge of reality is grounded insense experience”, Aristotle

Ini bermaksud dia menegaskan prinsip utama setiap ahli empiricisme perlulah melihat ilmu pengetahuan itu melalui asas pengalaman pancaindera. Oleh hal yang demikian prinsip ini adalah bertentangan dengan prinsip menerimaan ilmu sebelum falsafah moden.(Wikipedia)

Falsafah Moden

Menyelusuri perkembangan kemunculan falsafah moden terdapat beberapa faktor yang mendorong perubahan sikap dan cara berfikir golongan intelektual barat pada ketika itu. Faktor pertama ialah kejatuhan kekuasaan gereja iaitu menjurus kepada kegagalan ahli-ahli falsafah skolalistik (falsafah Kristian) memberi jawapan secara intelektual terhadap masalah keagamaan dan penerangan isu-isu agama biasanya tidak rasional dan berlawanan dengan tabie pemikiran manusia. Kemunculan kekuasaan dan pengaruh sains adalah merupakan faktor yang kedua. Ilmu sains merupakan cetusan yang sangat berkesan dan mendapat tempat dalam kalangan intelektual barat.Ini kerana keberkesanan, sifat praktikalitinya, penghayatan kebenaran secara nampak (pancaindera), dan menggunakan metod-metod saintifik untuk menggalakkan aktiviti berfikir dan menyelidik. Ini amat bertentangan dengan amalan agama yang bersifat dogmatik tanpa soal dan mengongkong pemikiran kritis. Faktor ketiga ialah lahirnya semangat reflektif iaitu kecenderungan untuk mempraktikkan kebolehan fikiran dan pengamatan pancaindera. Mereka mengamati diri mereka dan alam sekitar mencari kebenaran secara bebas dan rasional tanpa ada unsur pahala dan dosa. ( Mohd Yusoff )

Falsafah moden secara amnya dibentuk melalui keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan manusia. Lantaran itu falsafah moden mengembangkan isu metod falsafah, pembentukan sistem dan kemanusiaan. Melalui ini juga falsafah moden menekankan kepada persoalan akal dan pancaindera dalam membicarakan had ilmu pengetahuan, asal usul ilmu pengetahuan dan kesahihan ilmu pengetahuan. ( Abdul Rahman )

Kesimpulan

Oleh hal yang demikian jelas menunjukkan pertindihan dan pertembungan atau “overlapping” di antara hasil perbincangan empiricisme dan falsafah moden. Tuntas menjawab persoalan utama yang dikemukakan iaitu mengapakah empiricisme tergolong dalam mazhab falsafah moden. Aliran mazhab empiricisme dan falsafah moden sebenarnya saling bergantungan antara satu sama lain dan juga saling lengkap- melengkapi dalam ruang perbincangan falsafah. Secara amnya mazhab empiricisme tidak mudah membuat kesimpulan selagi tidak dibuktikan secara saintifik. Pembuktian secara saintifik secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri dalam mengembangkan potensi seseorang mencipta ilmu pengetahuan seterusnya memenuhi keperluan asas pembentukan falsafah moden itu sendiri. ( Philo@Sofia ) Oleh itu, berasaskan prinsip-prinsip asas empiricisme berlaku penolakan fahaman tradisional secara tidak sengaja atau sengaja kerana sifat yang seringkali bercanggah. Antaranya sifat fahaman yang kekal tidak berubah, perlu menerima tanpa meragui, amalan atau paradigma yang mengongkong contohnya konsep ‘dosa warisan asal’ dan menekankan kepercayaan keimanan melebihi ta’kulan seseorang yang berfikiran falsafah. ( Abdul Rahman)

Namun diingatkan pembuktian secara saintifik tidak membuktikan kebenaran secara mutlak. Sifatnya sentiasa berubah-ubah mengikut perkembangan pemikiran manusia dan keikhlasan pencari hikmah. Pemikiran manusia terbatas kepada kemampuan pancainderanya. Oleh itu mazhab empiricisme merupakan salah satu sumber ilmu pengetahuan tetapi bukan secara total. Pengunaan akal semata-mata sudah tentu gagal menerokai hikmah.

“ Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan suatu kebohongan terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayatNya? Sesungguhnya orang yang zalim itu tidak beruntung.” Surah Al-An’am ayat 21.

Justeru secara peribadinya saya berpendapat akal perlu dipandu oleh Al-Quran dan As-Sunnah supaya penerokaan hikmah dalam sesuatu bidang ilmu itu lebih bersifat mutlak dengan berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunah tidak lagi disangkal oleh mana-mana hujah manusia.

“Sungguh, ( Al-Quran ) itu benar-banar firman pemisah (antara yang hak dan yang batil )”, Surah At-Tariq ayat 13.

Lagi penerokaan hikmah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunah mendekatkan diri kepada Pencipta Yang Esa secara mudahnya adalah sambungan analogi kewujudan ilmu elektrik di mana keyakinan wujudnya elektrik adalah lebih dari seratus-peratus apabila kipas berpusing. Maka tidak salah untuk kita berfikir secara metafizik, mengakui dan meyakini melebihi seratus-peratus malah berganda-ganda tentang kewujudan Pencipta Yang ESA dengan melihat, merasa dan mendengar melalui pancaindera bukti kekuasaan-NYA yang menciptakan alam yang indah ini dengan makhluk-makhluk, baik yang bernyawa mahupun tidak dan paling teristimewa ialah penciptaan manusia yang sempurna dengan pengurniaan akal fikiran. Yakinlah kepada-NYA melebihi kita yakin kepada kewujudan elektrik walaupun kita tidak dapat melihat secara realiti, cukup dengan bukti hikmah penciptaan-NYA dari sekecil-kecil penciptaan lalat.

FATANAH BT DERAMAN
BACELOR SAINS DENGAN PENDIDIKAN - MATEMATIK
PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PMIUPM)

Kertas Kerja Kempen Jom Solat Jemaah

Pertemuan pertama dengan En Pauzi (Pegawai HEP) untuk kelulusan kertas kerja PMIUPM. Setelah 6 minggu, hari ini pada pukul 4.45p.m pertemuan pertama perbincangan kertas kerja Kempen Jom Solat Jemaah. Alhamdulillah beberapa pembetulan perlu dibuat supaya lebih gempak dan nampak intlektual. Bersama-sama Amalina dan Ifah.