CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, December 27, 2009

Merobah Sempadan 'Sikap Kita'.

Perubahan dan harapan sesuatu yang sukar, namun tidak mustahil. Sesuatu perubahan bermula dari titik kecewaan yang amat, kegagalan yang amat, atau titik pengetahuan serta kesedaran yang amat. Juga 'perubahan sikap kita' menuju kepada cita-cita yang menjulang tinggi. Jelas dan ada perancangannya. Kuasa perubahan ini perlu disambut oleh sekitarnya agar menjadi pengubat luka-luka lama, penghadang dinding yang patah, pengganti untuk sesuatu yang hilang, pencetus kepada ketamadunan. Di sinilah kita mulai.



Walaupun kita gagal pada zahirnya buktikanlah kejayaan untuk 'Sikap Kita'. Nampak hancur jasadnya tapi hidupkanlah roh 'Sikap Kita'. Nampak ranap binaanya namun tapaknya kekal menjadi bukti 'Sikap Kita'.

Inilah kegagalan atau kejayaan kita dapat.REDHA. Al-Baqarah:216 " Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak mennangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Ayuh sesama kita berubah kearah yang positif untuk 'Sikap Kita' semester ini... Perjuangan kehidupan menunggu kehadapan.

Saturday, October 10, 2009

Ukhwah itu Indah



Persahabatan atas dasar keikhlasan, tanpa prajudis dan tanpa prasangka, perkongsian ilmu dan wacana pemikiran yang paling bebas... sungguh merindui itu... Persahabatan itu susah untuk dibina, tapi sangat mudah dihancurkan atas sebab peristiwa-peristiwa yang simple... Cuma mengharapkan sahabat berlapang dada dgn ape yang berlaku, tidak kiralah mahu menjadi aspirasi, pro-m atau apa2 tapi yang penting tegurlah, tanyalah dan kritiklah jgn mendiamkan diri. Pada hakikatnya aku ini pengecut jugak... lalang jugak... dan lemah...

About Majlis Penutup Sehati

Sedikit rasa dunggu apabila kita tidak tahu kisah sebenar. Semoga apa yang berlaku semua sebelum ini kita boleh berlapang dada dan mencapai hakikat kepimpinan, kebajikan, kesusahan, pengorbanan dan kebenaran yang sebenar. Mungkin bukan hari ini, tapi mungkin esok hari, tidak kiralah 10thn lagi, 100 thn atau sebelum mati... Benginilah menjadi orang yang tidak tahu tapi disalahkan,
untuk majlis penutupan semalam sebenarnya dalam pukul sepuluh gitu, aku keluar daripada majlis untuk perbincangan isu kosass dengan parents. Kemudian kembali ke dewan, fikirnya mahu terus jumpa ydp, tapi nampaknya agak sibuk dan menghilangkan diri, cuba mengejar shahrul tapi semacam melarikan diri, nasib baik jumpa Joe, terus bertanya meetg bila, sebab nak tambah agenda, sedikit menceritakan isu kosass dengan selingan perlian dan sindiran. Aper-sal lak pulak... sedikit bersembang dengan MTM kolej lain pasal penempatan dan transformasi mahasiswa. Selepas itu baru balik, on the way balik barulah si Ainur dgn k'lin bercerita panjang... hoho... patutla td aku rasa tegang semacam jer keadaan (ropa-ropanya tidak tahu keadaan sebenar)... aduh tgk gak muka adik-adik itu ( pandangan yang sgt pelik ) kenapa? maka haruslah kerana kejadian penyerahan memo baru lepas, dengarnya pasal e-undi...
Untuk mendapatkan kepastian maka aku telefonlah seorg adik semalam... Harus sumer yang aku assume betul... Aduhai mau pula bebas dari kancah ini... mau juga terbang kembali dunia seorg demostratorr dan budak yang skema suka study+berfalsempah...


Monday, September 28, 2009

Jangan hilangkan jejak untuk penyambung generasi


Tersentak dgn satu sembang2, untuk idupkan balik BSS, skang sunyi sangat, adakah solat jemaah kat blok makin tak mendpt sambtn apatah lagi disurau, pastu tadarus untuk setiap hari selasa, khamis (yasin), makin sayu. Apa kes? ke dah tutp kes? Mind sett'g pun dah xmcm dulu, mesti by hook or by crook kena try cuba sedy upaya tuk sampai bilik sblm magrib. semester nie selepas syura dr pihak muslimin last kali putus tuk semua turun surau min atau mat. xramai sgt turun suram sket kat blok dan suram. tggjwb nak bw kat blok mcm rasa terlepas pada muslimin... mind setting terclap...
Terfikir sejenak sebenarnya momentum tuk sem nie xberapa besh, skali ok, skali senyap, skali keliru, byk kali xda idea baharu, duk ikut org dan baca buku kritikal pun tak, lembikk jer... ropa2nya puncanya diatas mind setting... (fail)
Betulkan niat,ikhlaskan hati... teruskan berjuang pinjam kata-kata amirul mengharapkan yang terbaik itu tidak pasti tetapi buatlah yang terbaik.

Saturday, September 26, 2009

cerita semut lagi...

ada org tulis nenek dia cerita pasal semut
" dia cakap, Allah dah buat,dah cipta semut ni kerja nya makan gula untuk hidup.Dan semut semut ni, makan gula pun bukannya sampai sepuluh kilo.dia makan beberapa bijik jer. jadi apalah bezanya satu ‘bolong’ gula tu kalau semut makan dua tiga biji.dia ajar me to letak jer a bit of gula diluar/belakang bekas gula tu; sedekahkan kat semut semut tu so semut tu takderlah nak masuk dalam bekas gula kita.

dia cakap, semut tu tak bekerja.kalau semut tu kerja kat pejabat,ada gaji, ada duit sendiri dan boleh beli gula sendiri, semut tu takkan makan gula kita.tapi tuhan dah buat semut2 tu sangat kecil dan tak mampu bekerja, jadi kita yang ada banyak gula ni kena bantu semut tu.mana tau, semut semut tu doa and makbul dan memberi kesejahteraan pada kita.kita tak akan papa kalau semut makan gula kita dua tiga biji kan!!"

Ada jugak tuleh " Adakah anda sanggup duk ngan adik beradik berjumlah 1000 org dlm satu rumah? Tgk semut, diorg sanggup"
" buta semut disengajakan "
" semut ngan manusia, percaya atau tidak pada sesuatu yang lebih hebat, karekter si Toto buku Fu Bao Bao /leng "
"Benarkah semut bg tau aku telah mati? kajian oleh Dong-Hwan Choe universiti califonia?"

Look into my eyes




Look into my eyes
Tell me what you see
You don't see a damn thing
'cause you can't relate to me
You're blinded by our differences
My life makes no sense to you
I'm the persecuted one
You're the red, white and blue

Each day you wake in tranquility
No fears to cross your eyes
Each day I wake in gratitude
Thanking God He let me rise
You worry about your education
And the bills you have to pay
I worry about my vulnerable life
And if I'll survive another day
Your biggest fear is getting a ticket
As you cruise your Cadillac
My fear is that the tank that has just left
Will turn around and come back

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let the media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Has our world gone all blind?

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let the media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Someone tell me ...

Ooohh, let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohh my brothers, Ohh my sisters
Ooohh, shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers, Ohh my sisters

See I've known terror for quite some time
57 years so cruel
Terror breathes the air I breathe
It's the checkpoint on my way to school
Terror is the robbery of my land
And the torture of my mother
The imprisonment of my innocent father
The bullet in my baby brother
The bulldozers and the tanks
The gases and the guns
The bombs that fall outside my door
All due to your funds
You blame me for defending myself
Against the ways of my enemies
I'm terrorized in my own land (what)
And I'm the terrorist?

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let the media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Has our world gone all blind?

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let the media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Someone tell me ...

Ooohh, let's not cry tonight, I promise you one day it's through
Ohh my brothers, Ohh my sisters,
Ooohh, shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers, Ohh my sisters,

Americans , do you realize that the taxes that you pay
Feed the forces that traumatize my every living day
So if I won't be here tomorrow
It's written in my faith
May the future bring a brighter day
The end of our ways

(pause)


Ooohh, let's not cry tonight, I promise you one day it's through
Ohh my brothers, Ohh my sisters,
Ooohh, shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers, Ohh my sisters,

[with kids]
Ohh let's not cry tonight I promise you one day is through
Ohh my brothers! Ohh my sisters!
Ooh shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers! Ohh my sisters!

Thursday, September 17, 2009

Hari-hari yang Becampur gaul...

Bertemu ngan Mel satu kepuasan setelah 2 minggu tidak buat usrah. Mau diceritakan banyak benda masa pula yang mengekang. Sepatutnya berbuka dengan sahabat2 yang lain (au) tetapi masih hujan yang lebat maka tersangkutlah di bazar SS. Masih juga ditakdirkan untuk tidak bertemu jodoh ngan mereka (adik-adik yang baeekk). Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Jadi moreh bersama hanya tinggal Mel. Yang lain sudah di atas jalan tuk pulang ada yang dah selamat duk rumah. Mel pula punya kasehan balik time raya ... haha... tp tiket ke Sabah RM 1++ jer MAS lagi... tak per at least dapat balik Sabah... Untuk adik-adik Selamat bercuti dan Berhari Raya (Nanti jgn lupa bw kuih raya).
Tetiba, disaat kemeriahan pulang kg, ramadhan ini hampir penghujungnya.. Adakah detik2 kecemasan ini masih terlepas dek kerana nafsu sendiri. Kak Lin kata p,p basuh muka (ms quliah utz Alan). Aduh aku lak layan tiduq pastue mcm tak larat nak balik... lembik... Sakit belakang sekali... td py smgat last skali p tidoo... kurang asam.. seingat aku lg kak lin kata gak, masa aku terus par'king pas maghrib kat bsk... terus lembik pikiran dan badan...
Aduh ramadhan ini... apa pun Alhamdulilah... hanya Allah yang Tahu...
P/s: esok balik...

Saturday, September 12, 2009

Detik-Detik Yang Terlepas

Adakah kerana tidak serius? Adakah kerana terasa tidak penting?Atau perancangan yang tidak jelas.

Itulah penentuan takdir Illahi. Kebergantungan, hujan, program, emosi dan keadaan sekitar. Akhirnya terlepas detik-detik yang penting. Sungai Buluh jadi sungai besi. Salah informasi. Mengharapkan minggu depan ada lg untuk menebus kembali. Insya_Allah. Menerima seadanya Takdir ilahi.


Alhamdulillah tiada kemalangan mahupun apa2 musibah. Hikmah disebalik kejadian...

Wednesday, September 9, 2009

Tawakal Semut Pada Pencipta

Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.

Cukup tempoh setahun, mulut botol itupun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaimana bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji buah gandum?

Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol rezkinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezkinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat perihatin manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi kepadaku?

Ertinya, semut lebih yakin kepada jaminan Allah ketika di luar botol berbanding ’jaminan’ manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermat yakni dengan memakan hanya separuh sahaja daripada apa yang diperlukannya dalam masa setahun supaya jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan, dia mampu bertahan. Masih ada baki makanan yang boleh digunakan.

Sampai di situ penceramah tua itu pun memberi ’moral’ pada ceritanya. Begini ucapnya:
”Inilah sifat tawakakal dan ikhtiar yang kita boleh pelajari dari semut. Jangan sekali-kali bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezki. Bergantunglah kepada Allah. Kalau ada pihak yang berkata, saya jamin bekalan makanan atau simpanan petrol akan sentiasa mencukupi untuk sekian-sekian tahun… jangan terlalu yakin. Sebaliknya, bertawakkallah kepada Allah dan berikhtiarlah dengan keupayaan sendiri. Jika tidak, kita akan dikecewakan. Jadilah seperti semut itu.”

Rujukan:http://genta-rasa.com/2009/07/06/belajar-tawakal-dari-semut/#more-470

Pemangsa yang menjadi mangsa…

Betullah aper yang k.nur cakap. Budak2 tue wat2 baik depan hang jer2 nampak sangat. Aduh jujur betul masa tue. Ada gak terfikir tapi tak sampai tak caya. Sekarang nie, aku percaya diorg xleh nak caya. Sangat hebat percaturan ALLAH musuhku di depan mata. Sedang berlakun saban hari, tegur mcm entah…
Tetiba teringat zaman keUSAHAWANan yang pulun dulu… (zaman yang menghilangkan diri dr j)
Punyalah pulun p sana p cni, bermula ngan modal kak ct dan kak rin (erm dah kawen ka skang?) Meet’g tiap2 minggu kalau bukan Cuma kalau minggu test xda la, bg ruang tuk study. Bermula ngan Karnival Islam Hadhari rasannya, pulun nak p masjid duk naik basikal kosass… nie sebab PR k.ct ngan Pn Mazwin baek (anak emas Pn Mazwin haha mintak jer apa mesti boleh nyer.. cayalah k.ct), masa2 gak kak bit pun ada lagi… pas2 movie night nie emanual yang incharge, Donut Merdeka Pak cik engineer2 @ Cikgu Addmath (pengetua tuition underground) . Pas2 KospoC, recycle… chocolate day (dany, mazni n the geng.. each skali. Lawatan kat Perak, Pahang Progresif Snd Bhd. En Azmi yg poyo tapi poket tebal… haha ada 2 kosong lagi. P putrajaya ingat seminar keUSAHAWANan ROpa2nya quliah agama petang, duk dengar CEO entah tak ingat syarikat pe tapi jelas banyak ahli politik main kotor ngan dasar, coz duk sedut duit atas nama kroni… hoho DEB.. RM9,RM8 atau seblm nie sama saja. Dulu asas gerakan atas dasar dakwah coz sekt. Kerohanian yang tah pe2(ingat nak bantu).. sajer pilih org tak sepatutnya… sampai kena tgur awat keUSAHAWANan aktif sangat?, lg bdk2 usahawan ramai budak surau n j… haha.. kat2 ujung mcm ramai mcm ‘tumbg ‘ coz aktif sgt. Patutnya pak cik 2 naik pastue dpt detect bdk pmi so last skali org lain lak naik… Pak Long and Cik zieta (coursemate) lak naik, byk kali gak kak siti duk bincang nak naikkan saper, aku setuju naikkan zieta. Pulun lak aku duk memujuk zieta jadi mtm, lastly sem dua mak cik2 dah begang sangat sampai sekali jer turun meet’g belum pak long pun dah merajuk giler ngan pengetua sebab koperasi… loni Elly ngan Mazni… gerak ngan MTM banyak organisasi dulu dah hancur, entah kemana… diorg cuba wat balik, yang pasti diorg gerak lg mantOp untung pun skang dan ribu2, di support pres kolej gitu (pernah ugut chek " jgn sebarkan pmi kat kosass)
Jadi skang nie terima jerlah seadanya…. Dulu dunia kolej , skang aku mengenal dunia UPM, luar UPM dan yang paling best idea tranformasi Nasional Mahasiswa!!!

Friday, September 4, 2009

Pertengahan semester

Tersentuh dengan kuliah Abi semalam kesesahan itu adalah tarbiah...

Friday, August 28, 2009

Akhirnya di surau AnNur ...

Setelah sekian lama mahu berkunjung... sebelum itu tetiba teringgat zaman kecil2 di UPM.Hampir membawa diri ke Surau AnNur kerana terlalu sedeh dan sering sedih. Tidak yakin itu sebagai alasan . Maka mencari2 tempat bersinggah untuk mendengar quliah ilmu. Di situ mula mengetahui wujudnya surau AnNur.Mahu menjejaki tetapi tidak tahu jalannya. Perasaan yang terpendam dulu kini akhirnya rindu itu terluah juga hari ini 29.8.09 bersamaan 8 Ramadhan 1430H "Wacana dan forum Syed Khutub"

Sunday, August 23, 2009

Universiti Tarbiah Realiti (UTaR)

Memasuki universii ini tanpa perlu mendaftar secara formal. Tidak perlu mengisi borang atau membayar yuran yang mahal. Segalanya berbeza methodhologi manusia dengan Allah. Sesungguhnya percaturan Allah adalah yang terbaik. Antara kita bersedia atau tidak, antara kita mahu berubah atau tidak, antara kita memasakkan impian yang besar atau tidak. Semuanya yang bergelar muslim memasuki Universiti ini. Hari pendaftarannya penuh sesak orang berpusu-pusu berteraweh, habis semua tikar dan sejadah di surau ataupun masjid, masuk hari kedua sudah makin kurang sedangkan kita baru semester pertama (junior lagi tapi dah pandai berlagak tuang kelas tanpa sebab dan musabab), ini belum masuk semester kedua, dan ketiga. Sesungguhnya kita akan lebih sibuk dengan assignment, presentation dan exam. Semua assignment ada upahnya, semua presentation tentu ada ganjarannya dan setiap exam tentu ada markahnya. Beza universiti ini adalah bukan qualiti dan quantiti tapi permulaan dan pengakhiran yang ikhlas yang lahir daripada 'student-student'nya. Adakah kita mendaftar sebagai 'student' Diploma, saujana, master ataupun PHD? Atau sudah menjadi penyarah, pensyarah kanan, Dr., Prof Madya, Prof, ataupun Prof emeretus di universiti ini. Ataupun kita diuniversiti ini tapi masih digelar pelajar lesu yang perlu disuap satu persatu dan seperti lembu dicucuk idungnya? Sama2 kita fikirkan meletakkan kita dimana dan sama2 kita muhasabah kita dimana. Pada hakikatnya Allah itu lebih tahu. Semarakkan semangat ramadhan supaya kita graduate nati bukan la posing gambar katluar jer tapi amalan/tabiat kita yang paling 'cun' skali dan sape yang kena extend habiskanlah awal2 coz secara fizikalnya kita da dapat ijazah...
*** Agenda perubahan seperti kata Kak basit ;
Teruskan iltizam kalian, jadilah manusia yang sangat kental hatinya untuk ISLAM, biarpun berseorangan, biarpun tidak mendapat sokongan daripada sesiapa, yakinlah ALLAH x pernah mensia-siakan kita. Banyakkan berdoa kepada ALLAH moga diberikan kekuatan olehNYA. Jangan lupa doa kalian kepada sahabat2 yang masih mencari2 erti hidup, yang masih dibelenggu masalah hati, masih tidak mahu keluar dari zon selesa dengan alasan (ini ja yang ada, ini ja yang mampu dibuat),yang masih lagi mcm2 ragamnya. TERUSKAN AGENDA PERUBAHAN DEMI ISLAM YANG KITA CINTAI.
Sumber:http://tapak-tangan.blogspot.com/

Saturday, August 22, 2009

TEMUDUGA CALON JENAZAH

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah
Sumber:http://wardatussalam.blogspot.com/2009/08/temuduga-sebagai-calon-jenazah.html

Thursday, August 13, 2009

Pesanan Dari Sahabat ...

assalamualaikum wbt.

saya nak share dari forum rindu menanti ramadhan oleh 3 ahli panel dari audotorium kejuruteraan upm malam tadi- point ini dari ustaz badlishah..

Puasa umpama permainan bola sepak... tournament la katakan..

puasa ada tiga fasa iaitu permulaan adalah rahmat , pertengahan adalah keampunan dan pengakhiran adalah hindar dari api neraka..

permainan bola sepak iaitu ada saringan kelayakan- semua orang boleh main dan ada banyak kumpulan pemain bola sepak..xder yang terkecuali. begitu juga solat tarawih dan baca quran pada permulaan adalah sangat ramai hingga tiang masjid seakan nak runtuh menunjukkan betapa ramainya manusia yang bersemangat pada permulaan puasa

seterusnya semi final- hanya yang layak yang terpilih ke semi final.. dan pemain semakin menunjukkan bakat dan meningkatkan latihan untuk maju ke hadapan...begitu juga saf solat tarawih di malam hari makin kurang safnya dan menuju ke depan line saf nya..

dan akhirnya grand final- hanya yang betul2 berkelayakan terpilih.. biasanya 2 kumpulan sahaja.. begitu juga solat tarawih .. di malam2 akhir..manusia makin berkurang..mungkin hanya imam dan bilal sahaja yang tinggal..

ke manakah yang lain di malam2 akhir ramadhan??..cuba lihat manakah manusia yang lebih ramai di bus station or di masjid? di mydin or masjid? di kamdar or di masjid?...itulah realiti umat sekarang..

bila perlawanan yang ending nya yang penting bukan permulaan... contoh berlari..maintain cool ..akhrinya sampai ..dari pecut pastuh pancit dan xboleh lari... begitu juga solat tarawih... maintain istiqamah agar solat tarawih atau ibadah lain dipertingkatkan hingga tamatnya ramadhan...bulan len xder..maka rebutlah peluang sebaiknya di bulan yang mulia ini...

Moga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya..dan jadilah puasa ini puasa yng sebenarnya bukan puasa orang awam yang hanya sekadar lapar dan dahaga...al-quran di perbanyakkan dan peliharalah anggota dari perkara yang sia2..

dan..sahabat2 ku yg dikasihi ..mungkin ini adalah ramadhan terakhir buat kita..kite xpasti date line nyawa kite diambil balik oleh Tuan Punya diri ini...

salam kasih sayang dan tersebut adalah kuiz ramadhan ..jawapan search sendiri ye..

Salam Ramadhan dari saya Kauthar.. Mohon Keampunan dan Kemaafan kepada semua diatas silap dan salah disepanjang perkenalan kite..dan moga Ramadhan adalah tarbiyyah (didikan dari Allah) buat kite semua..

--
Kauthar Mohamad Kamaludin
Universiti Putra Malaysia (UPM)

P/s: Terima kasih. Analogi yang sangat baik. Kalut, akhirnya hari ini dah present proposal... huhu... kenaleee jugok... lebih maso... apapung sapo2 yang berminat untuk tau magic proposal. silalah tanya. THE MAGIC OF TWO EQUATION !!! Magic... tapi sayang tak leh pakai tajuk tue coz macam main2...

Monday, August 10, 2009

Muhamad Zohadie tak kesal pertaruh jawatan demi UPM

Muhamad Zohadie tak kesal pertaruh jawatan demi UPM
BICARANYA tipikal ahli intelek - berterus-terang, jujur dan berani meluahkan kata-kata - menegakkan apa yang dirasakan benar tanpa terselit sebarang cubaan untuk berdolak dalik.

Sikap itu jugalah yang pada pendapat ramai, membawa noktah kepada tugasannya bagi jawatan akademik tertinggi di Universiti Putra Malaysia (UPM), antara institusi pengajian tinggi awam tertua dan ternama negara.

Itu kisah empat tahun lalu yang skripnya berakhir dengan penamat cukup mengecewakan sehingga menjadikan nama Prof Ir Dr Muhamad Zohadie Bardaie seakan-akan lenyap terus daripada persada bidang akademik arus perdana.

Plot kepada kisah itu bertunjangkan sikapnya yang berani dan berterus-terang sehingga dianggap cuba melawan Datuk Dr Shafie Mohd Salleh, ketika itu Menteri Pengajian Tinggi.

Puncanya hanya kerana isu bantahan bekas Naib Canselor UPM itu terhadap pemindahan program kejuruteraan aeroangkasa dari universiti berkenaan ke sebuah universiti lain.

Ketika itu, lebih tepat lagi sekitar Mei 2005, isu terbabit mendapat tempat di dada media, diwarnai pula dengan pelbagai pendapat daripada beberapa pihak lain, baik di dalam atau luar UPM, ada yang menyokong dan tidak kurang yang mengkritik.

Akhirnya, pakar dalam bidang kejuruteraan pertanian itu melepaskan jawatan yang disandangnya selepas kira-kira empat tahun menerajui universiti berkenaan.

Menyusul jejak anak tempatan pertama berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Pertanian itu ialah menteri terbabit yang digugurkan daripada senarai Kabinet kerajaan beberapa bulan kemudian.
Berjauhan dari Bukit Serdang tidak membataskan Muhamad Zohadie daripada dunia akademik yang amat dicintainya, sebaliknya beliau sanggup berkelana selama tiga bulan ke Jepun, menjadi felo penyelidik di Universiti Tsukuba.

Tiga bulan meninggalkan anak dan isteri, beliau kembali semula ke tanah air dan mencuba bidang keusahawanan dengan membeli ekuiti dalam sebuah syarikat perunding kejuruteraan dan bersama beberapa rakan membuka sebuah syarikat pembuatan.

Kesibukan menguruskan perniagaan tidak langsung menyekat cintanya kepada bidang akademik melalui tanggungjawab sebagai Ahli Lembaga Universiti Selangor (Unisel) dan Ahli Jurnal Kejuruteraan Antarabangsa.

Pada usia 58 tahun dengan semangat pendidik yang masih menebal, beliau dikurniakan pengiktirafan tertinggi akademik apabila dianugerahi Profesor Emeritus daripada UPM.

Anugerah itu disampaikan sempena Konvokesyen Ke-33 universiti berkenaan, semalam dan turut diterima oleh bekas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof Dr Muhamad Awang.

“Kejadian (isu perbalahan dengan bekas menteri) tidak menjejaskan niat saya. Bagi saya sebagai Naib Canselor atau dalam bahasa korporatnya, Ketua Pegawai Eksekutif, sudah tentulah saya perlu pertahankan organisasi saya.

“Saya ada prinsip... kena pertahankan. Isu yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah kerana program aeroangkasa UPM mahu dipindahkan ke universiti lain,” kata Dr Muhamad Zohadie, mengulas kembali apa sebenarnya berlaku pada 2005 itu.

Tidak lama selepas meninggalkan UPM, atas kerelaan sendiri atau pun kerana muak dengan desakan pihak tertentu yang mahukannya meletak jawatan, beliau terus dikunjungi pegawai akademik Jabatan Aeroangkasa UPM.

“Mereka meluahkan penghargaan kerana saya sanggup mempertaruhkan jawatan untuk mempertahankan mereka. Saya beritahu mereka sebagai Naib Canselor, saya kena pertahankan apa juga yang menjadi kepentingan UPM.

“Itu penting... kita tak boleh mengharapkan orang lain yang melakukannya untuk kita (mempertahankan kepentingan) . Kita kena buat apa yang perlu dibuat,” katanya.

Ditanya sama ada beliau sudah melupakan peristiwa empat tahun lalu itu, Muhamad Zohadie berterus-terang mengakui masih ada rasa terkilan sehingga kini, tetapi hidup perlu diteruskan.

“Ya... saya teruskan hidup saya, tetapi ada grudges sikit. Perkara seperti itu sepatutnya tak berlaku pun, dunia akademik sepatutnya jadi tempat untuk cari kebenaran... (kejadian itu) amat malang sekali,” katanya.

Selain menggalas tanggungjawab di Unisel dan jurnal kejuruteraan antarabangsa, beliau kekal aktif dalam penulisan akademik dan kadangkala dijemput memberi syarahan, termasuk di luar negara.

“Saya juga cuba bidang keusahawanan. .. sebabnya ketika di UPM dulu sering saya katakan kepada graduan supaya apabila habis belajar, ceburi bidang keusahawanan. Jadi, nampaklah saya buat apa yang saya cakapkan... walk the talk.

“Hubungan saya dengan UPM juga terus berjalan, saya masih berhubung dengan fakulti (kejuruteraan) kerana saya banyak rakan di Jepun. Bila ada apa-apa isu, saya hubungkan mereka yang di Jepun itu dengan fakulti kejuruteraan UPM,” katanya.

Mengenai gelaran Profesor Emeritus dalam Kejuruteraan Biosistem itu, datuk kepada seorang cucu ini mengakui, ketika dimaklumkan mengenai tawaran itu lebih sebulan lalu, beliau menolaknya kerana berasakan tidak perlu dianugerahi apa-apa.

“Saya maklumkan kepada mereka, tak payahlah bagi saya anugerah... tanpa anugerah pun saya sanggup bantu UPM. Saya masih boleh menyumbang kepada UPM dan kejuruteraan. .. itu memang perkara yang saya sentiasa minat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau akhirnya akur dan bersetuju menerima anugerah berkenaan selepas berpendapat ia boleh menyuntik merit kepadanya untuk terus menyumbang dalam bidang akademik, termasuk pada peringkat antarabangsa.

p/s sumber: http://www.bharian. com.my/Sunday/ Rencana/20090808 235122/Article

Press ni, lama2 baru nak reveal apa yg sebetulnya.. .awal2 dulu x berani / xnak reveal cam ni...

Fatanah: Yup... masa prof kena, sebelum beberapa bulan kami masuk upm. Ada jugak dengar citer dari K. Sarah (senior fizik)... Tuela patutnya U perlu bebas daripada pengaruh menteri yang wat keputusan pada asas politik semata-mata....... BEBASKAN UNIVERSITI, KEMBALIKAN HAK AUTONOMI UNIVERSITI... KEMBALIKAN JUGA MENTALITI IDEALISME MAHASISWA.... TETAP kebenaran itu PASTI... JANGAN JAGI PENGECUT MACAM MEDIA ARUS PERDANA... SEKARANG BARU NAK BUKA CERITA...BASIII... PASTU NAK PUJUK BALIK NGAN ANUGERAH... FIKIR2kan wahai MAHASISWA

Friday, July 31, 2009

H1N1 LAG!:Kaurantin Di Rumah

Sesak-sesak dalam bas tambahan, sekali kena turun, sekali kena tukar bas, kelam kabut. Amat berbahaya dan sangat mudah jika cukup seorang menyebar H1N1. Keadaan tidak terkawal. Sedarlah jika anda dijangkiti H1N1.

Apakah Selesema Babi?
Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?
Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

* Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.

* Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.

* Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.

* Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Jika anda sakit anda perlu:-

* Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;

* Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit.


Sumber: http://kutuilmu.blogspot.com/2009/06/tahukah-anda-simtom-simtom-selsema-babi.html

Thursday, July 30, 2009

Satu Malaysia, Banyak Sejarah

4 Mei 2009

Mutakhir ini, terdapat ungkapan yang keras berkaitan sejarah di dalam surat khabar. Sebagai zamil muda, saya tidak berani mahu menyertai perdebatan sebagaimana cara Dr. Collin Abraham dan Tan Sri Khoo Kay Kim: Sebagai graduan sarjana dalam bidang Perbandingan Politik Empayar, saya telah melihat kerosakan daripada perdebatan sejarawan dan ahli sosial sains. Bagaimanapun, jika saya berani mahu menyertainya, saya berpandangan bahawa kenyataan yang dipetik Tan Sri Khoo ialah daripada Hugh Clifford, bukan Ormsby-Gore (rujuk: Base conclusions on hard evidence, 29 April). Saya mungkin berkeras, tetapi ini berasaskan bukti.

Perbezaan pendapat seperti ini akan kelihatan bodoh apabila satu versi sejarah yang diajar di bilik darjah dianggap sebagai satu kebenaran mutlak tetapi itulah yang berlaku. Idea gila ini - yang sangat digemari oleh kaum fasis dan komunis - yang mengatakan bahawa rakyat hanya bersatu dengan satu kisah sejarah kebangsaan. Masih belum terdapat perbezaan kisah yang banyak dalam Kerajaan pimpinan Raja Henry VIII dan Ratu Victoria dan Inggeris seakan berpuas hati dengannya. Sejarah menjadi popular apabila berlaku perdebatan yang sihat dan kaya sama ada dalam atau luar dunia akademik - ia boleh ditonton dalam filem sejarah yang banyak diterbitkan. Ia sangat memberi inspirasi.

Untuk memulihkan keadaan memerlukan kita melakukan pembaharuan, termasuk kebebasan akademik dan persaingan dalam kurikulum persekolahan. Untuk waktu terdekat, kita boleh mulakan dengan meningkatkan pencarian kepada sejarah keluarga yang boleh menjadi sumber alternatif kepada sejarah masa lalu, dan saya adalah peminat rancangan BBC - Who Do You Think You Are? dan Photos for the Future dalam History International. Tetapi di Malaysia sangat sukar untuk mencabar sejarah rasmi. Buku teks dan ensiklopedia menunjukkan salasilah saya tiba di Negeri Sembilan pada 1773 tetapi penemuan terkini menunjukkan ia tidak tepat. Ia amat menyakitkan apabila saya tidak dapat meletakkan maklumat tepat di dalam teks dan saya membayangkan betapa kecewa ramai rakyat Malaysia yang mendapat maklumat dari sumber utama keturunan mereka bahawa sejarah di Malaysia telah rosak akibat kemalasan penyelidik akademik dan memenuhi kehendak politik. Jika kita benar seorang patriotik, kita harus tahu apa sebenarnya yang berlaku dan sebab itu saya selalu mengulang kalimat bahawa sejarah tidak bermula pada 31 Ogos 1957 tetapi lama sebelumnya!

Pada satu isi penting, saya bersetuju dengan Tan Sri Khoo: kedaulatan kita tidak pernah dipindahkan dari Raja Melayu kepada Raja British. Saya memiliki salinan perjanjian di antara Tuanku Muhammad dan Kerajaan Ratu Victoria dan sesungguhnya tidak ada fasal seumpamanya. Termasuk Perjanjian MacMichael, tidak ada perkataan tentang keperluan Kerajaan mewujudkan Malayan Union termasuk satu fasal yang memperakukan kesahan perjanjian yang ada. Selain Pulau Pinang, Melaka, Sabah (Borneo Utara) dan Sarawak, kita tidak pernah menjadi tanah jajahan secara formal oleh British.

Isu pecah dan perintah juga telah dikembangkan secara berlebihan secara untuk menjustifikasi dasar awam. Ia tidak berlaku secara tuntas di kawasan lain seperti Terengganu dan di sebahagian yang lain ada berlaku perpecahan intra-kaum dan kerjasama antara-kaum di mana konflik dan kerjasama didorong oleh sebab lain misalnya Perang Sivil di Selangor. Pengertian perpaduan kaum agak sangsi; termasuk di kalangan orang Melayu: perpaduan budaya dan bahasa, mungkin, malah punya variasi tersendiri - sebagai seorang Minangkabau, tentu saya gembira untuk menerangkan banyak kelebihan adat perpatih - tetapi tentunya bukan perpaduan politik. Saya telah menyatakan hal ini dalam banyak artikel sebelumnya.

Pecah dan perintah telah memunculkan semula rakan perjanjian kita - tetapi dengan berasaskan alasan kelas. Walaupun rekod kerajaan menunjukkan mereka gagal menangani isu kepelbagaian budaya, minggu lalu kerajaan memperkenalkan dasar ekonomi dengan 50% kadar cukai dan penghapusan insentif cukai simpanan. Seorang rakan saya yang baru diberhentikan kerja tidak mahu terus kecewa kerana ia tidak membantu mendorong pewujudan peluang kerja untuk mereka manakala rakan lain yang agak berkemampuan telah ke UK bersama-sama. Kebiasaannya, ini menunjukkan kecenderungan besar kepada konservatif.

Ia mengambil masa berminggu tetapi saya melihat konsep Satu Malaysia yang diwar-warkan Perdana Menteri mungkin diambil daripada tradisi Satu Negara oleh Parti Konservatif yang mempromosi perpaduan melalui perkongsian nilai dan dorongan kebebasan untuk semua. Meski dikatakan menjarak diri dari dari konsep Satu Negara yang dipopularkan Parti Konservatif, Margaret Thatcher pernah berkata: “Dari Malaysia ke Mexico, penswastaan akan bergerak… kami Konservatif percaya kepada kapitalisme yang popular… kami Konservatif akin memulangkan kuasa kepada rakyat. Itulah jalan ke arah Satu Negara, Satu Rakyat.

Dengan Kenyataan terkini yang agak memberangsangkan berkaitan liberalisasi pasaran, harapnya Dato’ Seri Najib dapat membuat ucapan yang sama untuk menjelaskan konsep Satu Malaysia - supaya di masa hadapan, para ahli akademik dapat berdebat tentangnya.

------

Tunku ’Abidin Muhriz ialah Pengarah Malaysia Think Tank.

Tuesday, July 28, 2009

H1N1 UPM CUTI HARI INI: Berita Paling Cepat Tersebar.

Tengahhari seorang pensyarah mendapat masej: Datuk VC panggil meet'g senat isu H1N1 sekarang. Kelas seterusnya 3.00p.m-4.00p.m (Tutorial MTH3200).Masej, upm cuti hari ini semua kelas cancel. Panggilan lagi, cuti sehingga 4 Ogos 2009. Dalam kelas sudah bising. " Akak xpayah buat kelas la" seorang student dengan wajah ceria. Yang lain menyambut. Permintaan demostrator 1 jam je nak ganti kelas ke pasni. Teruskan je kelas. Pemikiran sume dah nak balik... sume gembira sampai sesak lalu lintas,tiket bas pun habis... dasyat... sume gembira dan keadaan blurr... sume rancangan hari nie berubah seluruhnya...
Dalam kekalutan hari ini, seorang junior bertanyakan pendapat. Kenapa UPM mengumumkan cuti secara mengejut? Dengan jujur, telus dan betul sebenarnya tak terfikirpun tuk persoalan ini. Berfikir dan sambil hanya menceritakan kronologi peristiwa bermula UiTM, UKM kampus KL dan arini UPM. Bertanya balik kepada yang bertanya " Yela kenapa sebenarnya, apakah sebab2nya?". Seperti yang diagak budak ni sememangnya menyediakan jawapan. " Akak boleh tak kalau saya cakap, UPM jaga imej dan nama, nak melepaskan tanggungjawab kalau terjadi apa-apa. Jadi selamatlah kalau ada kes kematian sebab dah di luar tanggungjawab UPM kerana dah umumkan cuti." Tapi kenapa pula sesiapa yang tidak keluar sblm pukul 12 (19/7/2009) perlu berkumpul di Dewan Besar?
Berfikir secara kritis yang perlu dibimbing, ditajam dan direalisasikan dengan fakta dan hujah yang lebih kukuh.Jawapan adalah tidak penting tetapi hujah yang boleh di terima, rasional dan berasas.

Thursday, July 9, 2009

SEdih

Sedihnya ... 2jam untuk menulis artikel pastu ilang tak kembali...PPSMI Dimansuh 2010? kemana hilang..

PPSMI akan Dimansuhkan

Memuji tindakan Timbalan Perdana Menteri dalam membuat keputusan berdasarkan kajian, analisis perbincangan ilmiah dengan tokoh-tokoh intlektual. Ini melihatkan sistem keterbukaan kerajaan dalam melaksanakan dan membuat keputusan sesuatu dasar. Keterbukaan ini melihat Tan Sri Muyiddin Yassin membuat keputusan bukan lagi berasaskan politik kepartian semata-mata tetapi berasaskan politik nilai meningkatkan sistem ketamadunan masyarakat dan perkembangan ilmu itu sendiri. Membuka balik catatan sejarah ketamadunan manusia dan perkembangannya, eropah sebagai contoh berjaya memansuhkan zaman gelap kerana kejayaan mereka menterjemah sebanyak mungkin ilmu daripada ketamadunan

Thursday, July 2, 2009

Nak menyanyi sumbang nak menulis entah apa2

Dialog ringkas yang persis pertemuan dua sahabat di alam lain tapi tidak berapa menjadi. Sedikit ringkasan dari pembelajaran kalkulus lanjutan dengan sedikit ramuan pengalaman di kampus hijau yang tidak sedamai yang seperti harapkan tapi kesyukur dipanjat untuk berpeluang berada di sini dan mencoret sedikit ilmu pecisin.

Prof. Al-Khawarizmi: Khawarizmi kenapa dengan awak? Ada masalah ke?

Al-Biruni_junior: Maafkan saya mungkin sedikit.

Profesor Al-Khawarizmi: Apa? Saya tak faham boleh teruskan.

Al-Biruni_junior: Berat untuk saya luahkan ……………

Profesor Al-Khawarizmi : Luahlah semampu mungkin agar dapat jua saya menolong jika saya mampu, insya-ALLAH setiap masalah itu ada penyelesaian

Al-Biruni_junior: Betul kata prof. beginilah, fikiran saya kini terlalu bercelaru memikirkan banyak benda dan kadangkala saya memerlukan hujah yang kukuh untuk menghadapinya, tapi saya tidak mampu, jadi saya lebih bertindak menurut kata hati saya. Sebenarnya aku tidaklah mengenalimu Prof. Khawarizmi sebetulnya, zaman Prof. mungkin sangat berbeza dengan zaman saya, suasana sekitar Prof. jua berbeza. Masyarakat, politik dan cara hidup sangat jauh berbeza tambahan pula saya di benua yang jauh dari benua asal Prof. Memang semuanya seperti langit dengan bumi perbezaan kita. Usah kita bincangkan panjang-panjang perbezaan antara kita kerana sememangnya sangat jauh berbeza. Cukup sekadar saya tahu kita dalam satu bahtera yang sama dengan nakhoda yang satu, destinasi yang satu bersama syahadah yang satu. Cuma beginilah untuk pengetahuan Prof. saya terasa kagum dengan Prof. Pada zaman saya ini memang susah untuk melahirkan tokoh-tokoh seperti Prof. dan rakan seperjuangan Prof. Malah nama-nama Prof semua sikit pun tidak mendapat nama walaupun hakikatnya Prof. dan kawan-kawanlah yang menjadi pelopor membetulkan yang batil dan menegakkan yang hak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunah. Segala-galanya seperti terkubur begitu sahaja tanpa mengutip iktibar dari pengalaman yang lepas untuk dijadikan panduan dan motivasi untuk terus mencari mendapat reda’nya. Sekali kita jatuh fitrahnya kita akan bangkit kembali dengan azam yang kuat untuk belajar berjalan tanpa mengulangi kesilapan yang lampau sebaiknya dan selepas pandai berjalan ada pula keazaman untuk berlari tetapi ada jua yang tak sabar-sabar untuk terus berlari akibatnya jatuh tersungkur dan malah walaupun sudah dewasa masih lagi yang tersungkur untuk sekian kalinya. Itulah nasib orang yang tak sabar, tidak mengikut panduan dan terlupa untuk mengikut panduan yang sepatutnya tetapi segala-galanya kadangkala sudah ditakdirkan macam itu, itulah perlu kita bertawakal kepada-DIA setelah berusaha kerana bertawakal kepada-Nya adalah berbentuk MUTLAK Cuma menguji keyakinan antara hubungan kita dengan DIA. Segala ujian yang kita hadapi sebenarnya adalah satu peningkatan ke arah yang lebih baik tapi malangnya sesiapa yang tidak mengambil iktibar terus-menerus menyalahkan betapa ruginya kalau kita termasuk dalam golongan yang tidak bersabar. Sememangnya ‘nur’ itu datang dari DIA tapi kita perlu berusaha untuk mendapatkannya dan segala-galanya jua datang sesuatu dan padaNYA jua tempat kembali. Fikirkanlah, setiap kejadian baik ataupun buruk sekalipun ada hikmahnya di sebaliknya Cuma antara kita mahu menyelongkar ataupun tidak, mengambilnya sebagai pengajaran ataupun tidak dan menjadikan diri kita dekat dengan PENCIPTA ataupun sebaliknya. Alhamdulillah aku masih lagi mampu menghadapi walaupun masih banyak lagi benda diawangan tanpa alasan yang muhasabah kalau Al-Ghazali membincangkan keajaiban hati dengan hebatnya dan masih lagi zaman ini memperdebatkannya. Dalam hati aku ini semacam ada yang tak kena,bermasalah dengan benda pasti tetapi tidak mempunyai penyelesaian untuk merealitikan benda yang pasti itu. Memang benarlah Al-Ghazali, mungkin kerana dosa-dosa dari meninggalkan apa yang disuruh dan membuat apa yang dilarang menyebabkan saya gusar senantiasa ketenangan tidak hadir, kalau hadir pun cuma sekejap. Memang suasana zaman saya tidak membantu tapi inilah yang realiti yang perlu saya lalui Prof. Khawarizmi. Saya cari suasana yang membantu tapi saya rasa gusar fikiran entah ke alam mana, saya terdedah dengan suasana tidak membantu, saya tidak boleh terima. Akhirnya saya lari dari semua bermonolog sendiri mencari-cari penyelesaian yang sememangnya wujud di depan mata tetapi seperti tidak wujud, menjadikan aku tersingkir seketika dari masyarakat sekitar saya. Bersalahkah saya….

Prof. Al-Khawarizmi: Melarikan diri bukan satu penyelesaian untuk setiap masalah Biruni

Al-Biruni_junior:Ya saya tahu, tetapi cukup sekadar untuk saya mengurangkan tekanan yang ada dan semakin bertimbun-timbun. Seperti segalanya berjangkit menjadi wabak tanpa vaksin mahupun ubat……

Profesor Al-Khawarizmi : Ingat kita masih ada lagi satu penyelesaian. [sambil tersenyum]

Al-Biruni_junior: Tapi apa?

Prof. Al-Khawarizmi : Kalau ikutkan konsep matematik, infiniti(suatu no yang sangat besar) bahagi satu kita akan mendapat infiniti tetapi kalau satu kita bahagikan infiniti kita akan dapat KOSONG. Mengapa tidak kita fikirkan lebih jauh, ‘berfikir luar kotak’ tapi bersandarkan panduan yang diberi agar tidak tersasar dari jalan yang lurus, sebanyak-banyak ujian yang diberi oleh Dia dinisbahkan kepada kita seorang pasti kepada Dia jua penyelesaian tapi kalau kita lupa untuk mengadu, memohon dan mengharap dari-NYA, meletakNYA dibawah maka dapatlah KOSONG . Adakah kamu termasuk dalam golongan yang beruntung? Jawablah sendiri (Azan Zuhur berkumandang dengan syahdunya menyeru manusia untuk sama-sama solat berjemaah).InsyaALLAH DIA akan membantu hambanya yang mengadu pada_NYA yakinlah.Jom solat.


Al-Biruni_junior: : Terima kasih prof.

19 APRIL 2007
Tahun 1 Semester 2

Bersambung……………

PERJUMPAAN YANG TAK DISANGKA


Usai majlis bersama MPP di dewan besar sempena minggu orientasi pelajar baharu sesi 2008/2009,di surau Pejabat Pentadbiran UPM. Kebetulan semalam berbincang tentang kertas kerja pengurusan stress dengan En. Pau. Hari ini berjumpa seorang kaunselor UPM. Pertemuan yang tidak disangka-sangka. Melanjutkan perbincangan untuk pengajian dan perancangan masa hadapan. Adakah masih ada harapan dan kepastian??? Allah sentiasa bersama. Doa jangan dilupa.
p/s;Si PinkY sudah kembali berfungsi. Nikmat yang dikembalikan. Alhamdulillah

Wednesday, July 1, 2009

Berhasilkah Falsafah Pendidikan Moden Berasaskan Empiricisme Dalam Pembinaan Tamadun Manusia

Pendahuluan

Membuka lipatan perbincangan falsafah pendidikan dengan fahaman empiricisme adalah bersifat tergantung. Maka pelbagai persoalan akan bermain difikiran antaranya apakah itu empiricisme itu sendiri? Apakah kaitan empircisme dengan falsafah moden? Bagaimana fahaman empiricisme ini memainkan peranan dalam falsafah? Siapakah yang terlibat dalam membincangkan fahaman empiricisme dan pelbagai persoalan lain yang terbit daripada rantaian persoalan yang telah dinyatakan malah kadangkala tidak terjawab dan tidak habis untuk diperbincangkan. Inilah yang dikatakan falsafah lari dari kejahilan, berdiri di atas kebenaran dan menyingkap tabir kebatilan yang menutup kelemahan fikiran. Oleh itu melalui persoalan dan perbincangan menggunakan pendekatan falsafah dapat meringkaskan pemikiran manusia yang berusaha memahami hakikat sebenar alam. ( Mohd Yusoff)

Perbincangan falsafah yang dianggap sukar difahami dan selalu terkeluar dari lapangan kehidupan. Sebenarnya falsafah hanya berlegar dalam lingkungan kehidupan seharian manusia itu sendiri.(Mohd Yusoff) Dalam memahami dengan lebih lanjut perbincangan mengapakah empiricisme tergolong di dalam mazhab falsafah moden lebih baik kiranya kita meneliti sedikit aliran dari mana timbulnya fahaman empiricisme itu sendiri. Apabila kita membincangkan soal-soal falsafah kita akan membincangkan tentang cabang-cabang falsafah. Falsafah mempunyai empat cabang iaitu metafizik, logik, aksiologi dan epistemologi. Di dalam epistemologi kita akan melontarkan idea tentang teori ilmu, skop ilmu, sumber-sumber ilmu dan banyak lagi. Intuitif, rasional/logik, autoriti dan wahyu adalah sumber-sumber dalam mendapatkan ilmu. Sumber ilmu berteraskan wahyu mencipta kepercayaan agama. Kepercayaan agama juga ada yang tidak berteraskan wahyu yang di panggil agama tak samawi. Dalam membina kepercayaan yang berteraskan akal fikiran manusia ini (agama tak samawi) maka berlakulah perbezaan pendapat, tafsiran dan pengertian dalam sesuatu perkara dalam kehidupan. Ini kerana setiap manusia yang melakukan ta’kulan, refleksi, persepsi, interprestasi dan melalui pengalaman yang berbeza lantas mempunyai cetusan minda tersendiri yang kadangkala menjangkaui akal fikiran. Oleh itu terbentuklah fahaman-fahaman rationalist dan empiricisme.( Abdul Rahman Md Aroff )

Definisi Empiricisme

Maksud empiricisme ini boleh didefinisikan dalam dua skop perbincangan supaya lebih jelas dan lebih mudah untuk difahami. Definisi pertama adalah terus daripada sudut bahasanya iaitu empiricisme ini adalah daripada perkataan empeiri (bahasa Greek) dan experimental (bahasa latin) dan juga dari bahasa Inggeris experience iaitu bermaksud pengalaman. Definisi kedua adalah dari sudut istilah iaitu empiricisme ini secara aplikasinya adalah sifat pemikiran yang menekankan aspek pengalaman pancaindera dalam memperoleh dan mendapatkan ilmu pengetahuan.( Mohd Yusoff )

Secara analoginya perolehan ilmu pengetahuan elektrik pada awalnya adalah melalui pengamatan pengalaman pancaindera. Secara mudahnya kita melihat melalui mata (pancaindera) kipas berpusing di siling rumah. Apabila dikatakan kipas itu bergerak kerana adanya tenaga elektrik maka setiap orang yang melihat akan setuju dengan yakinnya. Walaupun pada hakikatnya orang yang melihat tidak pernah melihat pergerakan tenaga elektrik di dalam kabel yang disambung.Bagaimana ilmu elektrik ini dapat diterima terutama kepada ahli empericisme? Bagaimana elektrik boleh diiktiraf sebagai ilmu pengetahuan? Untuk menjawab persoalan ini ahli empericisme perlu berfikiran saintifik untuk membuktikan wujudnya elektrik pada kipas itu. Melalui eksperimen dan uji kaji maka terbukti terdapatnya pengaliran tenaga elektrik. Melalui bukti-bukti yang tidak dapat disangkal lagi oleh bukti yang lain maka ahli empiricisme ini membuat kesimpulan wujudnya pengaliran tenaga elektrik pada kipas tersebut kerana kenyataan itu dibuktikan berdasarkan pemerhatian pancaindera kipas itu berpusing bukan atas dasar melihat pergerakan pengaliran tenaga elektrik itu melalui pancaindera. Penerimaan teori ini secara eksperimental menyebabkan lahirnya teori baru yang dikembangkan berdasarkan teori asal. Maka wujudlah teknologi baru contohnya teknologi mekatronik, semikonduktor, elektronik dan sebagainya. Perkembangan ilmu ini meledakkan satu revolusi baru pada zaman moden yang dipelopori oleh negara-negara barat.

Untuk mengembangkan ilmu-ilmu pengetahuan ahli empiricisme telah menggariskan beberapa metod untuk menguji sesuatu ilmu itu secara saintifik. Metod pertama dimulai dengan satu persoalan baru atau isu-isu baru ataupun satu masalah baru. Kemudian proses pengumpulan matlumat berkaitan dengan masalah,isu dan persoalan yang dikemukakan. Selepas mendapat maklumat yang secukupnya bolehlah mencadangkan jawapan yang dipanggil membuat inferens ataupun hipotesis. Untuk membuktikan hipotesis itu maka perlulah dilakukan uji kaji ataupun eksperimen untuk menguji kebenaran inferens ataupun hipotesis tadi. Setelah dibuktikan benar maka eksperimen tadi keluar dengan satu kesimpulan yang membentuk teori, hukum ataupun prinsip. Jika tidak terbukti benar maka eksperimen akan diulangi sehingga mendapat bukti yang tidak dapat dinafikan untuk mengeluarkan sesuatu teori ilmu baru.(Philo@Sopia)

Selain itu tiga ciri utama pemikiran saintifik dan kritikal telah digariskan. Pertama ialah empiricisme iaitu apa yang di buktikan oleh lima pancaindera dengan realiti alam (natural evident). Kedua, rationalisme iaitu pemikiran logik yang tidak dipengaruhi oleh emosi dan perasaan. Contohnya jika x = 2 maka x2 = 4 adalah diterima bukan berdasarkan emosi dan perasaan tetapi terbina berdasarkan logik akal semata-mata. Akhir sekali adalah sifat yang sentiasa meragui dan perlu pembaharuan kepada satu-satu pendapat atau teori. Meneliti sifat ini menyebabkan berlakunya perkembangan idea dan penemuan teori baru ketika berlangsungnya pembuktian yang lebih logik dan rasional berdasarkan bukti yang lebih jelas nyata. Cara pemikiran hari ini dipanggil skepticisme. Jadi melalui panduan ini berlakunya aliran pemikiran baru yang tidak lagi bersandarkan agama Kristian dan gereja yang sering menyeleweng dan menyekat kebebasan berfikir.(Philo@Sophia)

Berbalik kepada perbincangan ciri-ciri fahaman dan bidang perbincangan aliran empiricisme ialah membincang, mengkaji tentang sains tulen dan sains sosial untuk menghasilkan kajian fenomena semula jadi. Kajian dilakukan adalah bersifat “Posteriori” iaitu kebenaran wujud setelah sesuatu telah dibuktikan. Namun diingatkan kajian yang dibuat juga bersifat “Contigent” yang bermaksud ilmu yang ditemui adalah bersifat tidak mutlak kerana sesuatu ilmu itu hanya akan diterima selagi tidak wujudnya bukti yang baru yang boleh memansuhkan bukti yang lama. Proses pembuktian ilmu melalui kaedah saintifik ini disebut proses “induktif”. Kajian saintifik digabungkan dengan cara pemikiran yang kritikal menyebabkan aliran yang berkefahaman empiricisme tidak mudah membuat kesimpulan, mengeluarkan teori, mengesahkan sesuatu ilmu pengetahuan yang baru ditemui. Ciri-ciri diatas ada pada setiap tokoh empiricisme antaranya Aristotle. Aristotle juga pernah menegaskan ;

“State that the core empiricist tenet that human knowledge of reality is grounded insense experience”, Aristotle

Ini bermaksud dia menegaskan prinsip utama setiap ahli empiricisme perlulah melihat ilmu pengetahuan itu melalui asas pengalaman pancaindera. Oleh hal yang demikian prinsip ini adalah bertentangan dengan prinsip menerimaan ilmu sebelum falsafah moden.(Wikipedia)

Falsafah Moden

Menyelusuri perkembangan kemunculan falsafah moden terdapat beberapa faktor yang mendorong perubahan sikap dan cara berfikir golongan intelektual barat pada ketika itu. Faktor pertama ialah kejatuhan kekuasaan gereja iaitu menjurus kepada kegagalan ahli-ahli falsafah skolalistik (falsafah Kristian) memberi jawapan secara intelektual terhadap masalah keagamaan dan penerangan isu-isu agama biasanya tidak rasional dan berlawanan dengan tabie pemikiran manusia. Kemunculan kekuasaan dan pengaruh sains adalah merupakan faktor yang kedua. Ilmu sains merupakan cetusan yang sangat berkesan dan mendapat tempat dalam kalangan intelektual barat.Ini kerana keberkesanan, sifat praktikalitinya, penghayatan kebenaran secara nampak (pancaindera), dan menggunakan metod-metod saintifik untuk menggalakkan aktiviti berfikir dan menyelidik. Ini amat bertentangan dengan amalan agama yang bersifat dogmatik tanpa soal dan mengongkong pemikiran kritis. Faktor ketiga ialah lahirnya semangat reflektif iaitu kecenderungan untuk mempraktikkan kebolehan fikiran dan pengamatan pancaindera. Mereka mengamati diri mereka dan alam sekitar mencari kebenaran secara bebas dan rasional tanpa ada unsur pahala dan dosa. ( Mohd Yusoff )

Falsafah moden secara amnya dibentuk melalui keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan manusia. Lantaran itu falsafah moden mengembangkan isu metod falsafah, pembentukan sistem dan kemanusiaan. Melalui ini juga falsafah moden menekankan kepada persoalan akal dan pancaindera dalam membicarakan had ilmu pengetahuan, asal usul ilmu pengetahuan dan kesahihan ilmu pengetahuan. ( Abdul Rahman )

Kesimpulan

Oleh hal yang demikian jelas menunjukkan pertindihan dan pertembungan atau “overlapping” di antara hasil perbincangan empiricisme dan falsafah moden. Tuntas menjawab persoalan utama yang dikemukakan iaitu mengapakah empiricisme tergolong dalam mazhab falsafah moden. Aliran mazhab empiricisme dan falsafah moden sebenarnya saling bergantungan antara satu sama lain dan juga saling lengkap- melengkapi dalam ruang perbincangan falsafah. Secara amnya mazhab empiricisme tidak mudah membuat kesimpulan selagi tidak dibuktikan secara saintifik. Pembuktian secara saintifik secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri dalam mengembangkan potensi seseorang mencipta ilmu pengetahuan seterusnya memenuhi keperluan asas pembentukan falsafah moden itu sendiri. ( Philo@Sofia ) Oleh itu, berasaskan prinsip-prinsip asas empiricisme berlaku penolakan fahaman tradisional secara tidak sengaja atau sengaja kerana sifat yang seringkali bercanggah. Antaranya sifat fahaman yang kekal tidak berubah, perlu menerima tanpa meragui, amalan atau paradigma yang mengongkong contohnya konsep ‘dosa warisan asal’ dan menekankan kepercayaan keimanan melebihi ta’kulan seseorang yang berfikiran falsafah. ( Abdul Rahman)

Namun diingatkan pembuktian secara saintifik tidak membuktikan kebenaran secara mutlak. Sifatnya sentiasa berubah-ubah mengikut perkembangan pemikiran manusia dan keikhlasan pencari hikmah. Pemikiran manusia terbatas kepada kemampuan pancainderanya. Oleh itu mazhab empiricisme merupakan salah satu sumber ilmu pengetahuan tetapi bukan secara total. Pengunaan akal semata-mata sudah tentu gagal menerokai hikmah.

“ Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan suatu kebohongan terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayatNya? Sesungguhnya orang yang zalim itu tidak beruntung.” Surah Al-An’am ayat 21.

Justeru secara peribadinya saya berpendapat akal perlu dipandu oleh Al-Quran dan As-Sunnah supaya penerokaan hikmah dalam sesuatu bidang ilmu itu lebih bersifat mutlak dengan berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunah tidak lagi disangkal oleh mana-mana hujah manusia.

“Sungguh, ( Al-Quran ) itu benar-banar firman pemisah (antara yang hak dan yang batil )”, Surah At-Tariq ayat 13.

Lagi penerokaan hikmah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunah mendekatkan diri kepada Pencipta Yang Esa secara mudahnya adalah sambungan analogi kewujudan ilmu elektrik di mana keyakinan wujudnya elektrik adalah lebih dari seratus-peratus apabila kipas berpusing. Maka tidak salah untuk kita berfikir secara metafizik, mengakui dan meyakini melebihi seratus-peratus malah berganda-ganda tentang kewujudan Pencipta Yang ESA dengan melihat, merasa dan mendengar melalui pancaindera bukti kekuasaan-NYA yang menciptakan alam yang indah ini dengan makhluk-makhluk, baik yang bernyawa mahupun tidak dan paling teristimewa ialah penciptaan manusia yang sempurna dengan pengurniaan akal fikiran. Yakinlah kepada-NYA melebihi kita yakin kepada kewujudan elektrik walaupun kita tidak dapat melihat secara realiti, cukup dengan bukti hikmah penciptaan-NYA dari sekecil-kecil penciptaan lalat.

FATANAH BT DERAMAN
BACELOR SAINS DENGAN PENDIDIKAN - MATEMATIK
PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PMIUPM)

Kertas Kerja Kempen Jom Solat Jemaah

Pertemuan pertama dengan En Pauzi (Pegawai HEP) untuk kelulusan kertas kerja PMIUPM. Setelah 6 minggu, hari ini pada pukul 4.45p.m pertemuan pertama perbincangan kertas kerja Kempen Jom Solat Jemaah. Alhamdulillah beberapa pembetulan perlu dibuat supaya lebih gempak dan nampak intlektual. Bersama-sama Amalina dan Ifah.